Ahad, 18 April 2010

PETUA KESIHATAN

MEMBUANG TOKSID DALAM BADAN

Bahan-bahan:
  • 1 biji epal hijau
  • Daun saleri
Cara-cara:
  1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri
  2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum sarapan
SELAMAT MENCUBA......

PETUA KESIHATAN

MERAWAT MASALAH PERNAFASAN

Buah lemon mengandungi vitamin C dan jika diminum air rebusannya, boleh dijadikan sebagai rawatan masalah pernafasan dan sakit belakang.

Selain itu, ia juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus serta dipercayai dapat mengubati demam panas.

Kepingan limau segar atau kering yang dicampur bersama air didih atau rebus, dapat mengubati masalah gastrik yang kronik, batuk, tiada selera makan, muntah-muntah, bronchitis dan angin dalam perut.



PETUA- BATUK

MENGUBATI BATUK

Bahan-bahannya:
  • 6 helai daun peria
  • sedikit kapur sirih
Caranya
  1. Mula-mula tumbuk daun peria hingga lumat.
  2. Kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih.
  3. Sapukan bahan tadi di bahagian dada.
  4. Sebaiknya lakukan sebelum masuk tidur.
  5. Anda dapat rasai kesannya pada keesokan hari.

RESEPI- SARDIN










SARDIN ROLL RANGUP

Bahan-bahan ( 12 sardine rolls )

  • *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
  • *1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • *1 biji cili merah (cili basah)
  • *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
  • *Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
  • 2 keping kulit roti utk dibuat breadcrum (yg atas & bawah)
  • 1 bj telur (dipukul - utk celup roti)
  • Sedikit air masak (untuk celup roti)

Cara-cara


  1. *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.
  2. Bakar roti seperti biasa kita bakar utk sarapan dan kemudian blender kering. Ketepikan.
  3. Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
  4. Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di pukul dan pinggan breadcrumbs.
  5. Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
  6. Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan terus masuk kedalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
  7. Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos.
SELAMAT MENCUBA!

Sabtu, 17 April 2010

RESEPI-APAM TELOR












APAM TELOR

BAHAN A:

300 gm tepung gandum (sangai)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:

5 biji telur
200 gm gula
Pewarna kuning secukupnya
50 ml air

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila, tuangkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Masukkan serbuk penaik dan yis segera. Biarkan adunan selama setengah jam.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama sejam.
5. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA......

KEK BATIK JAWA

KEK BATIK JAWA MUDAH DAN SIMPLE

Bahan-bahan
  1. 1/2 butter cup
  2. 1 paket kecil Milo ( Boleh beli di kedai paket kecil ni)
  3. 1/2 tin susu pekat
  4. 1 paket biskut Marie @ ikut suka

Cara-cara

  • Cairkan butter, masukkan milo dan susu
  • Kacau sampai sebati dan likat
  • Akhir sekali masukkan biskut Marie (patah-patahkan..senang nak kacau)
  • Kemudian angkat dan letak dalam bekas.
  • Tekan dan padatkan.Masukkan dalam peti sejuk.
  • Setelah sejuk, sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA.....

KOLEKSI RESEPI












APAM ENO

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

  1. 300g tepung beras

  2. 8-10 sudu besar gula pasir

  3. 1 sudu besar yeast

  4. 280-300ml air

  5. 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)

  6. pewarna merah, hijau


Cara-cara :-

  • tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.

  • bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)

  • bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.

  • masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.

  • sementera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.

  • bolehlah dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sebentar supaya tak cepat basi)

SELAMAT MENCUBA........