





SARDIN ROLL RANGUP
Bahan-bahan ( 12 sardine rolls )
- *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
- *1 biji bawang besar (hiris nipis)
- *1 biji cili merah (cili basah)
- *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
- *Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
- 2 keping kulit roti utk dibuat breadcrum (yg atas & bawah)
- 1 bj telur (dipukul - utk celup roti)
- Sedikit air masak (untuk celup roti)
Cara-cara
- *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.
- Bakar roti seperti biasa kita bakar utk sarapan dan kemudian blender kering. Ketepikan.
- Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
- Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di pukul dan pinggan breadcrumbs.
- Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
- Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan terus masuk kedalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
- Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan