Ahad, 18 April 2010

PETUA KESIHATAN

MEMBUANG TOKSID DALAM BADAN

Bahan-bahan:
  • 1 biji epal hijau
  • Daun saleri
Cara-cara:
  1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri
  2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum sarapan
SELAMAT MENCUBA......

PETUA KESIHATAN

MERAWAT MASALAH PERNAFASAN

Buah lemon mengandungi vitamin C dan jika diminum air rebusannya, boleh dijadikan sebagai rawatan masalah pernafasan dan sakit belakang.

Selain itu, ia juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus serta dipercayai dapat mengubati demam panas.

Kepingan limau segar atau kering yang dicampur bersama air didih atau rebus, dapat mengubati masalah gastrik yang kronik, batuk, tiada selera makan, muntah-muntah, bronchitis dan angin dalam perut.



PETUA- BATUK

MENGUBATI BATUK

Bahan-bahannya:
  • 6 helai daun peria
  • sedikit kapur sirih
Caranya
  1. Mula-mula tumbuk daun peria hingga lumat.
  2. Kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih.
  3. Sapukan bahan tadi di bahagian dada.
  4. Sebaiknya lakukan sebelum masuk tidur.
  5. Anda dapat rasai kesannya pada keesokan hari.

RESEPI- SARDIN










SARDIN ROLL RANGUP

Bahan-bahan ( 12 sardine rolls )

  • *1 tin kecil Sardin Cap Ayam
  • *1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • *1 biji cili merah (cili basah)
  • *2 biji limau kasturi (ambil perahan)
  • *Mayonise, lada sulah & garam (sesedap rasa)
  • 2 keping kulit roti utk dibuat breadcrum (yg atas & bawah)
  • 1 bj telur (dipukul - utk celup roti)
  • Sedikit air masak (untuk celup roti)

Cara-cara


  1. *Inti*.Goreng bawang sehingga separuh masak dan masukkan sardin. Hancurkan sardin kemudian masukkan cili yg telah dihiris. Masuk garam secukup rasa.Agak2 cili dah layu tutup api. Masukkan mayonis dan lada sulah mengikut kehendak anda. Gaul & ketepikan.
  2. Bakar roti seperti biasa kita bakar utk sarapan dan kemudian blender kering. Ketepikan.
  3. Gelek setiap keping roti. Ikut suka nak buang atau tidak tepi roti. Selepas itu, sapu rata sardin ke atas roti & gulung. Buat sehingga habis.
  4. Sediakan pinggan roti yg telah digulung, pinggan yg berisi air masak, pinggan telur yg telah di pukul dan pinggan breadcrumbs.
  5. Sementara itu panaskan minyak dengan api yg sederhana perlahan
  6. Kenakan sekeliling roti (yg telah digulung) dgn air, kemudian celup ke dalam telur dan kemudian golekkan keatas pinggan breadcrumbs dan terus masuk kedalam kuali (minyak telah cukup panas). Goreng sekejap sahaja sehingga kekuningan cukup utk memasakkan lapisan telur sahaja.
  7. Hasilnya sardin roll anda sedap, gebu, rangup dan tidak berminyak. Sedap di makan dgn sos.
SELAMAT MENCUBA!

Sabtu, 17 April 2010

RESEPI-APAM TELOR












APAM TELOR

BAHAN A:

300 gm tepung gandum (sangai)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:

5 biji telur
200 gm gula
Pewarna kuning secukupnya
50 ml air

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila, tuangkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Masukkan serbuk penaik dan yis segera. Biarkan adunan selama setengah jam.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama sejam.
5. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA......

KEK BATIK JAWA

KEK BATIK JAWA MUDAH DAN SIMPLE

Bahan-bahan
  1. 1/2 butter cup
  2. 1 paket kecil Milo ( Boleh beli di kedai paket kecil ni)
  3. 1/2 tin susu pekat
  4. 1 paket biskut Marie @ ikut suka

Cara-cara

  • Cairkan butter, masukkan milo dan susu
  • Kacau sampai sebati dan likat
  • Akhir sekali masukkan biskut Marie (patah-patahkan..senang nak kacau)
  • Kemudian angkat dan letak dalam bekas.
  • Tekan dan padatkan.Masukkan dalam peti sejuk.
  • Setelah sejuk, sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA.....

KOLEKSI RESEPI












APAM ENO

Bahan-bahan ( 40-45 biji )

  1. 300g tepung beras

  2. 8-10 sudu besar gula pasir

  3. 1 sudu besar yeast

  4. 280-300ml air

  5. 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)

  6. pewarna merah, hijau


Cara-cara :-

  • tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.

  • bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)

  • bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.

  • masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.

  • sementera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.

  • bolehlah dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sebentar supaya tak cepat basi)

SELAMAT MENCUBA........

BAHAGIAN PETUA

Petua Kecantikan Semulajadi

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

  • Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung

  • Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

  • Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

  • Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu

  • Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah

  • Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

  • Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

  • Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

Badan Ringan Dan Bertenaga

  • Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

Utk meningkat tenaga wanita

  • Amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

  • Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut

  • Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

  • Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Menghilangkan Parut

  • Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

  • Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda

  • Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut

  • Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin

  • Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat

  • Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur

  • Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat

  • Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut

  • (1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
  • (2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit

  • Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan

  • Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik

  • Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut

  • Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
  • 1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
  • 2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

  • Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

  • Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

  • Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

  • Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Merawat Panau

  • Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

  • Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

  • Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan

  • Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh

  • Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit

  • Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut

  • Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak

  • Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

  • Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur

  • Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

  • Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

  • Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

  • (1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
  • (2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

  • Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

  • (1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  • (2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi

  • Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

  • Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

  • Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

  • Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas

Memerahkan Bibir

  • Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

  • Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara

  • Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Hilangkan Pecah-pecah

  • Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

  • Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar

  • Anda berdiri seketika, kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

  • Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata

  • Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

  • Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau

  • Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur

  • Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

  • Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Melentikkan Bulu Mata-

  • Ambil daun lidah buaya- Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata- Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Kulit Cerah dan Licin-

  • Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat-

  • Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.-Selawat 3 kali-Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengempiskan Perut

  • (1)- Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .- Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perutsahaja,amalkan setiap malam.
  • (2)- Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.- Embunkan semalaman.- Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit-

  • Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.-Minum air setelah selesai makan-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.-Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata-

  • Ambil timun yg telah dihiris- Lekapkan pada kelopak mata- Pejamkan mata utk berapa ketika.- Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Mengelak Rambut Gugur-

  • Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.- Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.- Perap ramuan di atas kepala selama sejam.- Lakukan 2 kali seminggu.- Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilatsemulajadi.

Sihat Tubuh Badan-

  • Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.-Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun)-Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh-

  • Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Parutan itu campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati- Minum dua kali sehari.-Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit-

  • Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut- Lakukan sekerap yg mungkin- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghilangkan bau ketiak-

  • Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.-Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur-

  • Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala- Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam- Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala.- Basuh dgn air suam.- Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala..

Rabu, 14 April 2010

Matahari Sudah Terbit Dari Barat di Marikh. Di Bumi?..makin dekat...




Planet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, di mana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi di sebelah barat. Maklumat dari NASA tentang Planet Marikh seperti berikut :

MERM (MARS Exploration Rover Mission) -24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!

Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berfikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa yang sama di masa yang akan datang?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, pintu taubat sudah tiada"( Hadith : Muslim)"

Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata : Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingati. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingatkan?” Sahabat menjawab, “Kami mengingatkan tentang hari kiamat.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan :

Dukhan (kabut asap),
Dajjal,
binatang (yang pandai berbicara),
matahari terbit dari barat,
turunnya Isa a.s,
Ya’juj Ma’juj
gerhana di timur,
gerhana di barat
Jazirah Arab
terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar." ( Hadis : Muslim)

Lawati web berikut untuk memahami bagaimana fenomena ini berlaku :http://apod.gsfc.nasa.gov/apod/ap080511.htmlhttp://famhar.multiply.com/journal/item/26http://www.pta.edu.pl/orion/apodmain/apod/ap060422.html
http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/Solar/retromars.html
di youtube : http://www.youtube.com/watch?v=72FrZz_zJFU "